Setelah lama merdeka,kita mewarisi generasiyang tahu bercinta tetapi tidak tahu mencipta.Yang tahu berjiwang tetapi tidak tahu berjuang.Yang tahu meminta tetapi tidak tahu memberiApa telah kita lakukan?Sehingga generasi muda kini lembikrapuh, kosong jiwa dan akalnya.Mengapa mereka kini maludengan agama, bahasa dan budaya sendiri?
Bencana bangsa ini,kerana dosa ibubapakah atau guru-guru?Atau dosa para penguasa yang hanya tahu menagih undi?Ataukah dosa Barat yang ikut hawa nafsu?Atau mungkin dosa syaitankerana menggoda manusia?Ikutkan hati semua boleh kupersalahkantermasuklah Tuhan
kerana mencipta orang jahat.Lalu apa gunanyaengkau menjadi khalifah,pemimpin dan pengurus bumi?Kalau kau hanya tahu merengusmenyalahkan dan merendahkan orang lain.Apa bezanya dirimu?
Apa telah kau lakukan?Apakah kerana dunia ini edan, maka kau pun ikut-ikutan edan?Kerana dunia tidak adil, maka kau pun boleh berbuat zalim?Sebagai pemimpin,lakukanlah sesuatu untuk bangsamulupakan sejenak kepentinganmuJangan sesekali kau jual maruah bangsaJangan menjadi pagar yang memakan padiSemakin maju semakin banyak yang tergadaiTermasuklah identiti dan hargadiri bangsamu sendiri
Insaflah!Wahai penguasa, guru, ibubapa, ahli korporat!Jangan kau musnahkan bangsa ini!!!
Mengubah Minda Melayu, Apa yang Harus Berubah? Bagi Membentuk Bangsa Yang Setanding Dengan Bangsa lain
Thursday, October 30, 2008
Mengubah Minda Melayu: Apa yang Harus Berubah?
Kita sering mendengar orang berkata bahawa untuk menjadi bangsa yang maju, orang Melayu hendaklah mengubah nilainya dan sekaligus mengubah mindanya. Soal yang perlu kita timbulkan disini ialah setakat manakah orang yang berkata demikian benar-benar memahami nilai Melayu atau minda Melayu itu, atau jelas dalam kepala mereka tentang nilai Melayu apakah yang harus berubah atau diubahkan dan nilai apakah yang harus menggantikannya.
Hal ini penting kerana jikalau orang yang cuba hendak mengubah nilai atau minda Melayu itu tidak secara objektif memahami nilai atau minda Melayu, apa yang akan berlaku ialah, mungkin mereka akan lebih merosakkan bangsanya sendiri daripada memperbaikinya dengan memaksakan nilainya sendiri (yang belum tentu betul) atau nilai yang diimport dari luar ke atas bangsa Melayu seluruhnya. boleh jadi juga nilai Melayu yang baik, yang sudah tahan sejak ratusan tahun, dimusnahkan, digantikan dengan nilai yang boleh merosakkan minda Melayu itu.
Jawapan saya ialah, inilah budaya atau nilai orang Melayu sebenarnya. Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang maju, kuat dan berdaya saing jikalau mereka benar-benar mengamalkan nilai-nilai budaya Melayu-Islam yang sebenarnya. Pada dasarnya, janganlah kita sibuk sangat hendak mengubah minda Melayu. Lebih baik kita didik orang melayu supaya mengamalkan nilai budaya Melayu-Islam yang sudah ada pada mereka sejal lama dahulu dan mengajak mereka, secara positif, tidak secara negatif, menggunakan minda atau akal budi mereka untuk berfikir dan beremosi sebagai bangsa yang maju sesuai dengan keadaan dunia hari ini, sebagaimana orang Melayu dahulu kala terus berjaya membina dan mengekalkan tamadun mereka melalui kreativiti dan keterbukaan minda dan budaya mereka berdasarkan dan sesuai dengan keadaan zaman mereka.

Mengenali Diri Ku
Assalamualikum dan Salam Persaudaraan
Assalamualikum dan Salam Persaudaraan, Nama di beri Mohd Adri Adha Bin Mohamad adalah bekas pemimpin pelajar yng ingin menjadika bangsa kita satu bangsa yang dapat mengegerkan dunia seperti mana zaman kesultanan melayu dulu…., Kita Bangsa yang setanding dengan bangsa lain dan kita bangsa yang boleh maju seperti bangsa lain , ingat lah sepertimana di katakan oleh laksmana hang tuah “X kan hilang Melayu di Dunia”, Bersama kita majukan Bagsa kita ke peringkat antarabangsa.
Sekolah/IPTA/IPTS/Kolej
Sek. Ren. Keb. Pengkalan Aur Taiping Perak, Sek. Men. Keb. Doktor Burhanuddin Taiping Perak, Sek. Men Tek. Leboh Cator Ipoh , Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur
Pekerjaan
Kakitangan Kerajaan
Hobi dan Minat
Bermain Ragbi, Bola Sepak,Bowling dan Berkaroke
Mengenai Saya
saya lahir di johor menetap di taiping , masih belajar di universiti tempatan, hati ku masih ingin “belajar dan terus Belajar” , Bercita-cita menjadi pemimpin Masa hadapan Kepada Negara,kernah ia perlu bagi menjaga dan membela nasib anak bangsa ku yang tercinta, biarlah jauh perjalana yang saya akan lalui tetapi akan saya tetap tempuhi dan saya masih berpegang pada kata hati saya iaitu”taniah kerana kau pernah gagal.. kerana kegagalan satu kejayaan kerana ,kau bisa bangun kembali dengan langkah yang lebih tegap untuk menuju kejayaan dan akan kau ketahui kesilapan lalu jadi kan pedoman ” Salam Persaudaraan Kepada semua…

Subscribe to:
Posts (Atom)