Mengubah Minda Melayu: Apa yang Harus Berubah?
Kita sering mendengar orang berkata bahawa untuk menjadi bangsa yang maju, orang Melayu hendaklah mengubah nilainya dan sekaligus mengubah mindanya. Soal yang perlu kita timbulkan disini ialah setakat manakah orang yang berkata demikian benar-benar memahami nilai Melayu atau minda Melayu itu, atau jelas dalam kepala mereka tentang nilai Melayu apakah yang harus berubah atau diubahkan dan nilai apakah yang harus menggantikannya.
Hal ini penting kerana jikalau orang yang cuba hendak mengubah nilai atau minda Melayu itu tidak secara objektif memahami nilai atau minda Melayu, apa yang akan berlaku ialah, mungkin mereka akan lebih merosakkan bangsanya sendiri daripada memperbaikinya dengan memaksakan nilainya sendiri (yang belum tentu betul) atau nilai yang diimport dari luar ke atas bangsa Melayu seluruhnya. boleh jadi juga nilai Melayu yang baik, yang sudah tahan sejak ratusan tahun, dimusnahkan, digantikan dengan nilai yang boleh merosakkan minda Melayu itu.
Jawapan saya ialah, inilah budaya atau nilai orang Melayu sebenarnya. Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang maju, kuat dan berdaya saing jikalau mereka benar-benar mengamalkan nilai-nilai budaya Melayu-Islam yang sebenarnya. Pada dasarnya, janganlah kita sibuk sangat hendak mengubah minda Melayu. Lebih baik kita didik orang melayu supaya mengamalkan nilai budaya Melayu-Islam yang sudah ada pada mereka sejal lama dahulu dan mengajak mereka, secara positif, tidak secara negatif, menggunakan minda atau akal budi mereka untuk berfikir dan beremosi sebagai bangsa yang maju sesuai dengan keadaan dunia hari ini, sebagaimana orang Melayu dahulu kala terus berjaya membina dan mengekalkan tamadun mereka melalui kreativiti dan keterbukaan minda dan budaya mereka berdasarkan dan sesuai dengan keadaan zaman mereka.

No comments:
Post a Comment