Mengubah Minda Melayu, Apa yang Harus Berubah? Bagi Membentuk Bangsa Yang Setanding Dengan Bangsa lain
Sunday, November 9, 2008
Rintihan Hatiku
Setelah lama merdeka,
kita mewarisi generasiyang tahu bercinta tetapi tidak tahu mencipta.
Yang tahu berjiwang tetapi tidak tahu berjuang.
Yang tahu meminta tetapi tidak tahu memberiApa telah kita lakukan?
Sehingga generasi muda kini lembikrapuh,
kosong jiwa dan akalnya.
Mengapa mereka kini maludengan agama,
bahasa dan budaya sendiri?
Bencana bangsa ini,
kerana dosa ibubapakah atau guru-guru?
Atau dosa para penguasa yang hanya tahu menagih undi?
Ataukah dosa Barat yang ikut hawa nafsu?
Atau mungkin dosa syaitankerana menggoda manusia?
Ikutkan hati semua boleh kupersalahkantermasuklah Tuhan
kerana mencipta orang jahat.
Lalu apa gunanyaengkau menjadi khalifah,pemimpin dan pengurus bumi?
Kalau kau hanya tahu merengusmenyalahkan dan merendahkan orang lain.
Apa bezanya dirimu?
Apa telah kau lakukan?
Apakah kerana dunia ini edan, maka kau pun ikut-ikutan edan?
Kerana dunia tidak adil,
maka kau pun boleh berbuat zalim?
Sebagai pemimpin,
lakukanlah sesuatu untuk bangsamulupakan sejenak kepentinganmu
Jangan sesekali kau jual maruah bangsa
Jangan menjadi pagar yang memakan padi
Semakin maju semakin banyak yang tergadai
Termasuklah identiti dan hargadiri bangsamu sendiri Insaflah!
Wahai penguasa, guru, ibubapa, ahli korporat!Jangan kau musnahkan bangsa ini!!!
Nilai sensitiviti masyarakat dunia kian meruncing
Blok barat kini makin lantang dengan tema “kebebasan serta keadilan”. Salah satu strategi mereka adalah menhasilkan satu suasana tegang agar persekitaran tertumpu pada agenda mereka. Bagi mereka dengan menghasilkan pelbagai polemik Karya mainan yang mempersoalkan sentiment adalah sesuatu perkara yang biasa dan ini adalah kebebasan atas tiket amalan demokrasi ala barat. Sebenarnya mereka ini kurang arif tentang isu-isu sensitiviti. Pada pandangan saya masyarakat umpama ini boleh diketogorikan sebagai “masyarakat sampah”, dan secara sinisnya golagan umpama ini boleh sahaja terang-terang kita “lempar” tetapi jika mereka ini mempunyai kesedaran tak salah untuk kita “kitar semula” mereka. Yang penting peranan dalam kesedaran itu mendapat reaksi positif dan membolehkan masyarakat yang terkesan dapat menerima amalan mereka. Dan kita mengharapkan rakyat dunia sedar bahawa wardah politikus mereka amat licik. Mereka agan memgunakan apa sahaja bentuk tindakan bagi men‘halal’kan apa jua tindak tanduk mereka Kepada rakan aspirasi, saya ingin berkongsi perasaan marah dan meluat terhadap permainan mereka ini. Secara tradisinya perkara umpama ini tidak akan menemukan jalan penyudah selagi mana masyarakat dunia terus berdiam tunduk pada ilusi ciptaan mereka. Kini segala akan terjawab, namun terserahlah pada individu masing-masing untuk menterjemahkan perkara-perkara ini terutama isu dalam konteks mahupun subjek yang sensatif. Biar apa pun cara mahupun al-kaedah mana yang kita guna yang penting nilai sensitiviti sesuatu perkara perlulah dipandang serius.
Kekeliruan generasi muda..Mana silapnya?
Setiap belaku musibah mahupun permasalahan sering kali kita melihat suara-suara yang menidakkan penglibatan mereka. Biar apa pun topik permasalan yang berkaitan kite perlu melihat perkara tersebut pada koteks yang luas. Kini makin ramai bilangan belia yang memencil diri tanda protes senyap.Golongan ini dilihat dan diejek sebagai pemikirkan perihan yang berlaku kepada mereka sahaja. Mereka dilabel golongan bermasalah,apa yang dapat diperbetulkan selagi mereka ini tidak mahu memperpetulkan diri mereka.Mereka akan terus hanyut dalam kekeliruan. Kini timbul pula satu golongan generasi muda yang lantang bersuara atas tiket politik atau apa-apa landasan. Bagi mereka inilah dinamakan perjuangan. Namun golongan inijuga dirujuk serta di Cop sebagai golongan pemusnah kerana kelantangan mereka mengutarakan pendapat mereka. Dramatiknya bila kita sebagai generasi muda ini bersikap berkecuali mereka mununding jari mengatakan kita ini golongan “layu” yang akhirnya menjadi salah satu punca kejatuhan nilai bangsa dan Negara. Disini kita dapat melhat natijahnya. ‘Buat salah tak buat pun salah’ jadi kita golonan muda ini perlunya apa. Apakan kekeliruan ini akan terus diulik mimpi. Kita faham jika perkara ini dipandang enteng maka penglibatan golongan muda akan terkikis. Keutuhan, Kekentalan serta kejiwaan mereka akan tercemar hanya segelintir sahaja akan Berjaya kita mereka mempunyai matlamat dan hala tuju. Inilah dikriminasi yang halus untuk menidakkan penglibatan suara muda..Mana silapnay?siapa puncanya?
Subscribe to:
Posts (Atom)
