Mengubah Minda Melayu, Apa yang Harus Berubah? Bagi Membentuk Bangsa Yang Setanding Dengan Bangsa lain
Sunday, November 9, 2008
Rintihan Hatiku
Setelah lama merdeka,
kita mewarisi generasiyang tahu bercinta tetapi tidak tahu mencipta.
Yang tahu berjiwang tetapi tidak tahu berjuang.
Yang tahu meminta tetapi tidak tahu memberiApa telah kita lakukan?
Sehingga generasi muda kini lembikrapuh,
kosong jiwa dan akalnya.
Mengapa mereka kini maludengan agama,
bahasa dan budaya sendiri?
Bencana bangsa ini,
kerana dosa ibubapakah atau guru-guru?
Atau dosa para penguasa yang hanya tahu menagih undi?
Ataukah dosa Barat yang ikut hawa nafsu?
Atau mungkin dosa syaitankerana menggoda manusia?
Ikutkan hati semua boleh kupersalahkantermasuklah Tuhan
kerana mencipta orang jahat.
Lalu apa gunanyaengkau menjadi khalifah,pemimpin dan pengurus bumi?
Kalau kau hanya tahu merengusmenyalahkan dan merendahkan orang lain.
Apa bezanya dirimu?
Apa telah kau lakukan?
Apakah kerana dunia ini edan, maka kau pun ikut-ikutan edan?
Kerana dunia tidak adil,
maka kau pun boleh berbuat zalim?
Sebagai pemimpin,
lakukanlah sesuatu untuk bangsamulupakan sejenak kepentinganmu
Jangan sesekali kau jual maruah bangsa
Jangan menjadi pagar yang memakan padi
Semakin maju semakin banyak yang tergadai
Termasuklah identiti dan hargadiri bangsamu sendiri Insaflah!
Wahai penguasa, guru, ibubapa, ahli korporat!Jangan kau musnahkan bangsa ini!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment